Wednesday 6 November 2013

Panduan Asas Kajian Tindakan

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

BAHAGIAN

PROSES PENULISAN
CONTOH

Tajuk Kajian

(ms1)

Tajuk ditentukan dengan mengenalpasti kemahiran yang hendak dikaji

Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian

Tajuk perlu menggambarkan sesuatu penyataan yang positif



Tajuk Kajian:
MENINGKATKAN PRESTASI MURID UNTUK
 MENGINGAT ISTILAH  SAINS PERTANIAN  MELALUI KAEDAH  “MeKaSe”

 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN ESEI    PENGAJIAN AM     DENGAN  PENDEKATAN  IBU MEMELUK BAYI  BAGI MURID 6 ATAS BESTARI.

MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH TERANGKAN”DENGAN KAEDAH BADAR.



Nama Penyelidik
Ms1

Catatkan nama penuh penyelidik / kumpulan

Nama penyelidik
Jumaat bin Sabtu
Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan




Nama Sekolah
Ms1

Catatkan nama sekolah beserta alamat lengkap

Nama Sekolah:

SMK BUKIT GUNTONG
21060 KUALA TERENGGANU

Abstrak
Ms1
(Sinopsis/ ringkasan / gambaran kandungan  kajian).


Memberi maklumat umum / penting
kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan

Ditulis dalam satu perenggan dalam satu muka surat (100 hingga 200 patah perkataan)














Menggunakan Font  9 / 10 dan jenis tulisan arial ATAU Fornt 11 dan jenis tulisan Times New Roman.

Isi kandungan abstrak :
A.     Tujuan
B.    Kumpulan sasaran
C.    Fokus kajian tindakan
D.   Tinjauan awal
E.     Pelaksanaan kajian
F.     Dapatan





Sejarah ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia dan bakal menjadi wajib lulus dalam peperiksaan SPM bermula 2013. Antara soalan yang selalu menjadi kata soal dalam bahagian B kertas 2 sejarah ialah “Terangkan”. Kumpulan pelajar daripada kumpulan HALUS selalu menghadapi masalah cara mengolah jawapan bagi soalan terangkan.Majoriti pelajar dalam kelompok ini tidak dapat menjawab soalan ini dengan berkesan. Bahkan ada yang tidak mendapat sebarang markah daripada ceraian soalan ini yang sekali gus menyumbang kepada kegagalan mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Kaedah “BADAR” telah membawa perubahan kepada kelompak pelajar yang menghadapi masalah ini.Setelah pendekatan ini digunakan kelompok pelajar yang menghadapi masalah menjawab soalan ini telah berjaya memahami bagaimana cara mengolah jawapan bagi soalan sebegini.Keadaan ini sekali gus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang diberikan.

Catatan:
Jenis tulisan tidak muktamad. Cadangan sahaja.


*** Sinopsis/ ringkasan / gambaran kandungan  kajian.
( dimasukkan dalam laporan kajian sahaja)



BAHAGIAN
PROSES PENULISAN
CONTOH

1.0.       Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Ms1-2

Merupakan muhasabah diri dan menilai kembali pengajaran yang lalu.

Refleksi hendaklah mengandungi:
 A.  Masalah / isu yang dikenalpasti
       dengan merujuk kepada:
       i)  guru
       ii) murid
      iii) Isi kandungan pengajaran
      iv) persekitaran

B. Refleksi pengalaman P&P
     yang lalu

C. Kaitkan pengalaman P&P
     yang lalu dengan 4 perkara
    utama tadi iaitu guru/ murid/
     isi kandungan pengajaran /
     persekitaran supaya lebih
     jelas

D. Rujuk  perkara berkaitan
     contohnya kertas jawapan
     murid, buku latihan dan sikap
     murid ketika pengajaran
     untuk mengingat kembali
     apa yang telah berlaku.  

E. Terjemahkan refleksi
      secara bertulis

Rujuk kajian tindakan Sejarah

2.0.       Fokus Kajian
Ms2

Apakah yang menjadi masalah /isu?

Contoh fokus kajian
Penulisan esei merupakan bahagian yang penting dalam kertas 2, Pengajian Am. Bahagian ini mampu meningkatkan pencapaian murid  dalam peperiksaan. Justeru, saya menjalankan kajian berdasarkan perkara-perkara berikut:
Kajian menfokuskan kepada masalah murid seperti berikut:
a. Murid kurang memahami kehendak soalan (KS) yang diberikan dalam Bahagian A dan Bahagian B kertas 2 Pengajian Am.
b.  Murid kurang penguasaan teknik untuk
      mengemukakan 4 idea yang diperlukan.
d.        C.  Murid kurang kemahiran menghurai setiap idea dengan jelas dan berkesan.
Oleh itu, Pendekatan ”Ibu Memeluk Bayi” dicadangkan untuk membolehkan murid menjawab soalan esei dengan tepat dan jelas.  Diharapkan Pendekatan ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pengajian Am.

3.0 Objektif Kajian

Ms2

Mengandungi objektif am dan objektif khas

Objektif am
Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan mata pelajaran Sejarah dan mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Sejarah yang selalu dianggap sukar, membebankan dan  membosankan


Objektif khas
I.   meningkatkan kemahiran murid untuk
      menghasilkan nota berkesan      
ii.  membantu murid menguasai kaedah
       mengingati fakta secara efektif
iii.  membimbing murid menguasai 
       kemahiran menjawab  soalan
       strukturdan esei
iv.  membimbing murid melaksanakan
       pemeriksaan jawapan kendiri   
v.   meningkatkan pencapaian murid
       kumpulan Halus (gagal lulus)     
vi. membantu murid pencapaian sederhana
      mendapat gred kepujian dan cemerlang





 4.0.Kumpulan
         Sasaran

Ms3

Murid yang dilibatkan dalam kajian tindakan (bilangan yang terhad)

6 murid 5 Bestari
(Pencapaian sederhana)

6  murid 5 Dedikasi
(Pencapaian lemah)

5.0.Pelaksanaan
       Kajian

Ms3




Ms4

      5.1. Tinjauan Masalah
5.1.1.Melalui pemerhatian
5.1.2.Melalui borang kaji selidik
5.1.3.Melalui ujian pra
5.1.4.Temuramah
   5.1.5     Sesi soal jawab

5.2.                   Analisis Tinjauan Awal
Buktikan tinjauan masalah
yang kita buat dengan dapatan data contohnya keputusan ujian pra dan  soal selidik








Rujuk kajian tindakan Sejarah








Rujuk kajian tindakan Sejarah

Ms4-9














6.0 Dapatan Kajian
Ms4


















7.0 Refleksi Kajian
Ms11
Metedologi Tindakan.
5.3.Tindakan Yang Dijalankan
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
            Langkah 4
            Langkah 5
            Langkah 6
 (bilangan langkah mengikut jumlah tindakan yang kita laksanakan)






5.4.                  Analisis Selepas  Tindakan
Dijalankan /Dapatan Kajian











5.4.1.                     Analisis Pemerhatian


5.4.2.                     Analisis Ujian Pos


  Refleksi Kajian
 Menghuraikan keberkesanan tindakan  yang telah dilakukan dengan menggunakan maklumat yang dikumpul.
 Terangkan perubahan tingkahlaku murid  melalui pemerhatian dan  perasaan guru











Langkah 1:   Baca dan faham nota/fakta
                      yang disediakan  
Langkah 2 :  Memilih isi yang dianggap
                      Mudah
Langkah 3.   Menyusun isi mengikut
                       keutamaan
Langkah 4:    Menghasilkan nota berkesan
Langkah 5 :   Menjawab soalan esei
Langkah 6 :   Murid melakukan
                       pemeriksaan kendiri





Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati murid terlibat lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan secara lisan dan bartulis. Murid lelaki telah menunjukkan sikap kecaknaan yang lebih baik. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. Hasil tugasan yang dilaksanakan oleh murid menggunakan modul tersebut semakin bermutu dan penuh dengan warna-warni



Rujuk penulisan kajian tindakan sejarah



Rujuk penulisan kajian tindakan sejarah
BAHAGIAN
PROSES PENULISAN
CONTOH

8.0. Cadangan / Syor

Ms11

Boleh meneruskan kajian tindakan terlibat dengan mengambil tindakan susulan untuk penambahbaikan.



Rujuk penulisan kajian tindakan Sejarah

 Contoh lain
Kaedah menggunakan cip bermagnet membantu murid menguasai kemahiran menulis formula ion dan sebatian ion kerana kaedah ini bersifat interaktif;  akan menghafal secara tidak langsung, mereka melihat dan mencantumkan cip-cip bermagnet tersebut untuk membina formula sebatian ion. Berdasarkan pengalaman saya melaksanakan kajian tindakan terhadap pengajaran formula kimia sebatian ion menggunakan teknik cip bermagnet, saya akan menggunakan teknik ini pada murid-murid di kelas lain. Saya juga mencadangkan kepada guru-guru kimia  yang menghadapi kesukaran mengajar sub
topik ini supaya menggunakan teknik cip bermagnet.
Antara cadangan untuk memantapkan kajian ini ialah:-
i. memperkenalkan teknik ini kepada murid selepas peperiksaan PMR.
ii. teknik ini juga sesuai digunakan untuk
    murid-murid tingkatan 5.
iii. teknik ini memerlukan latih tubi yang
     kerap.
iv. kajian ini akan lebih berkesan jika
     dijalankan dalam tempoh masa
     yang lebih lama.
 

Bibliografi

Ms12


Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad bermula nama pengarang, tahun, nama buku dan penerbit

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media Pengajaran: Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ramlah Adam dll, (2003). Sejarah Tingkatan 5 ( Buku Teks). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.



Lampiran

(Jika ada)

Senaraikan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebagai lampiran kajian




 Rujuk penulisan kajian tindakan Sejarah

ZAHARI BIN AWANG
PASUKAN PENYELIDIKAN PPDKT


1 comment:

  1. Kepada yang berminat untuk menghasilkan Kajian Tindakan boleh bincang... ilmu untuk dikongsi

    ReplyDelete