Cadangan Jawapan
TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2013
Tema
Umum : Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai
kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
|
Tingkatan 5 Bab 9
Kandungan Jawapan
1 Pengenalan
;
Maksud pertubuhan serantau
- Pertubuhan yang keanggotaannya terdiri
daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain
- Jika di Asia Tenggara, pertubuhan
serantau merujuk kepada pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara di Asia Tenggara
seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain lagi.
- Dalam konteks hubungan luar, hubungan
dalam pertubuhan serantau disifatkan sebagai berbentuk multilateral iaitu
hubungan melalui pertubuhan.
- Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial di kalangan negara-negara anggota
pertubuhan.
- Melalui pertubuhan yang dianggotai,
negara-negara anggota dapat menjalankan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial untuk kepentingan bersama.
- Contoh pertubuhan serantau
- Pertubuhan serantau yang terdapat di
Asia Tenggara seperti Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA), Malaysia,
Filipina dan Indonesia (MAPHLINDO) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN).
2
Pertubuhan-pertubuhan serantau yang
dianggotai oleh Malaysia;
- ASA
- Nama penuh
- Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
- Sejarah penubuhan
- 31 Julai 1961
- Hasil daripada mesyuarat di Bangkok,
Thailand antara Thailand, Malaysia dan Filipina
- Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
- Di anggotai Thailand, Malaysia dan
Filipina
- Matlamat dan tujuan penubuhan
- Membendung pengaruh komunis di
negara-negara terlibat.
- Menjalinkan kerjasama dalam bidang
ekonomi dan sosial
- Memberikan dan menyediakan kemudahan
dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
- Mengekalkan serta menjamin keselamatan
dan kestabilan politik di negara-negara serantau.
- Kejayaan – Matlamat penubuhan tidak
banyak dapat dicapai kerana
- Tiadanya kerjasama yang erat di
kalangan negara anggota
- ASA dianggap sebagai anti pemerintahan
Soekarno di Indonesia kerana
Malaysia menjalinkan
perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara
Thailand dan Filipina
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat
- Pertelingkahan antara Malaysia dengan
Filipina berkaitan dengan penubuhan Malaysia.
- ASA dibubarkan pada tahun 1963
- MAPHILINDO
- Nama penuh
- Pertubuhan Malaysia, Filipina dan
Indonesia
- Sejarah penubuhan
- Cadangaan pembentukan Malaysia telah
membawa kepada pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia
- Indonesia tidak bersetuju dengan
pembentukan Malaysia kerana pemerintahnya menganggap pembentukan Malaysia
sebagai satu penjajahan bentuk baru (neokolonialisme)
- Filipina menentang pembentukan
Malaysia kerana mendakwa Sabah milik mereka
- Malaysia mengambil langkah mengadakan
rundingan dengn Filipina dan Indonesia
- Rundingan membawa kepada penubuhan
MAPHILINDO
- Di anggotai Malaysia, Filipina dan
Indonesia
- Matlamat dan tujuan penubuhan
- Meningkatkan hubungan persahabatan di
kalangan Negara anggota
- Menyelesaikan pertelingkahan antara
Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia
- Kejayaan
- MAPHILINDO gagal mencapai matlamat
kerana Indonesia dan Filipina tidak berpuashati dengan hasil siasatan PBB
- Indonesia dan Filipina meneruskan
penentangan pembentukan Malaysia
- ASEAN
Nama penuh
- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
Sejarah penubuhan
- Malaysia meneruskan usaha untuk berbaik-baik
dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara serantau di Asia Tenggara
- Usaha kerjasama ini akibat kegagalan
ASA dan MAPHILINDO
- Pada 8 Ogos 1967 Deklarasi Banagkok
dimeterikan oleh beberapa negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thaiand,
Indonesia, Flipina dan Singapura.
- Persatuaan Negara-Negara Asia Tenggara
ditubuhkan
- Anggota awal penubuhannya dianggotai
oleh lima negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thaiand, Indonesia, Flipina
dan Singapura
- Kini Negara anggota ASEAN berjumlah
sepuluh buah negara iaitu Malaysia, Thaiand, Indonesia, Flipina, Singapura,
Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea.
- Dua bua Negara iaitu Papua New Guinea
danTimur Laste sebagai negara pemerhati
Matlamat dan tujuan penubuhan
- Hubungan berbaik-baik di kalangan
Negara anggota
- Menjalankan kerjasama dengan
negara-negara jiran yang menjadi anggota persatuan
- Mengekalkan kestabilan politik di
rantau Asia Tengggara
- Membantu antara satu sama lain dalam
bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
- Meningkatkan taraf hidup penduduk
melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdaganggan dan perindustrian
- Memberi kerjasama dan membantu dalam
bentuk latihan dan penyelidikan
- Mengadakan hubungan erat dengan
persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa
Kejayaan
- Penubuhan struktur pentabiran ASEAN
- Mengadakan persidangan Menteri-menteri
Luar ASEAN
- Mengadakan mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi
ASEAN
- Mengadakan sidang kemuncak ASEAN
- Penubuhan Sekretariat Tetap ASEAN
- Penubuhan Jawatankuasa Tetap Sosial
dan Ekonomi
- Mengisytiharkan negara-negara ASEAN
zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
- Menjadikan ASEAN zon bebas senjata
nuklear
- Mengadakan mesyuarat bagi membentuk
kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
- Membentuk kerjasama projek
perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan di Acheh,
Indonesia
- Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA)
- Kerjasama dalam bidang pendidikan
melui penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
- Kerjasama dalam bidan kebudayaan dan
kesenian melalui penubuhanTabung Kebudayaan ASEAN
- Pengganjuran Sukan SEA untuk
merapatkan hubungan antara Negara anggota
- Mengadakan kerjasama dalam bidang
pelncongan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN
3
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan serantau
- Peranan dan sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan serantau dapat dilihat dengan jelas dalam Persatuan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN).
- Ini kerana dua pertubuhan lain iaitu
ASA dan MAPHILINDO tidak begitu Berjaya
daripada sudut matlamat penubuhannya.
- Peranan dan sumbangan dalam politik
- Mencadangkan penubuhan ASA bagi
membendung ancaman komunis di Asia Tenggara
- Mengadakan rundingan dengan Filipina
dan Indonesia bagi menyelesaikan pertelingkahan berkaitan pembentukan Malaysia
yang membawa kepada penubuhan MAPHILINDO
- Menganjurkan Deklarasi Kuala Lumpur
yang membawa kepada pengisytiharan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
(ZOPFAN)
- Menganjurkan persidangan di Kuala
Lumpur bagi membincangkan pencerobohan Vietnam keatas Kampuchea yang membawa
kepada pembentukan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
- Menganjurkan persidangan Ketua-Ketua
Negara ASEAN dan persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN
- Menjalinkn hubungan persahabatan
dengan semua Negara anggota ASEAN bagi mewujudkan rantau Asia Tenggara yang
aman
- Peranan dan sumbangan dalam bidang
ekonomi
- Menguruskan proje kkerjasama dalam
bidang perindustrian baja urea di Bintulu Sarawak
- Menggemukakan idea melalui ASEAN bagi
memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan
- Idea dikemukakan oleh Dato Seri Dr
Mahathir Mohamad dan dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
- Peranan dan sumbangan dalam bidang
sosial
- Menjadi pusat serantau untuk Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
- Menganjurkan sukan SEA
- Menjalankan pertukaran rancangan
televisyen dan radio
4. Cara
negara kita Malaysia memanfaatkan keanggotaan dalam pertubuhan
serantau untuk kemajuan negara
Politik
1. Bertukar maklumat keselamatan
2. Mewujudkan hubungan politik yang
erat / diplomatik
3. Tidak campur tangan dalam politik
negara jiran
4. Mengutamakan rundingan jika ada
masalah
5. Membantu negara jiran yang menghadapi
masalah
6. Mengadakan forum antara negara
7. Mewujudkan deklarasi bersama
seperti Deklarasi Kuala Lumpur
8. Merealisasikan Zon aman, bebas
dan berkecuali (ZOPFAN)
9. Merealisasikan Zon Bebas Senjata
Nuklear
10. Mewujudkan perpaduan antara
negara
11. Berbaik-baik dengan negara jiran
12. Meningkatkan imej negara
13. Meningkatkan kepimpinan negara
Ekonomi
1.
Mewujudkan pasaran yang luas
2. Mewujudkan kerjasama ekonomi
serantau
3. Projek baja urea di Bintulu
(Sarawak)
4. Zon Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN
5. Meluaskan kerjasama ekonomi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan
6. Meningkatkan kerjasama ekonomi
ASEAN
7. Menghapuskan sekatan dagangan
8. Memajukan bidang industri
9. Meningkatkan hasil keluaran
negara-negara ASEAN
10. Meningkatkan ekonomi
negara-negara serantau
11. Menghadiri perbincangan tentang
kerjasama yang ingin diwujudkan
12. Meningkatkan eksport negara
13. Memajukan sektor perkilangan
14. Memajukan sektor pertanian
15. Mempelbagaikan hasil keluaran negara
16. Memajukan sektor perdagangan
17. Memajukan sektor perkapalan
18. Mewujudkan pelabuhan
antarabangsa
Sosial
1.
Kerjasama dalam bidang pendidikan
2. Kerjasama dalam bidang kebudayaan
3. Mengadakan festival kebudayaan
dan kesenian
4. Menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN
5. Mengadakan pertukaran rancangan
televisyen dan radio
6. Mengadakan Sukan SEA
7. Mengadakan Tahun Melawat ASEAN
8. Menyertai Pertubuhan
Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
9. Menubuhkan Pusat Serantau untuk
Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,
Malaysia
10. Meningkatkan kemudahan tempat
pelancongan
11. Mengadakan pertukaran belia
12. Memajukan sistem perhubungan
yang baik
13. Memajukan sistem telekomunikasi
5. Kejayaan negara Malaysia hasil daripada keanggotaan
dalam pertubuhan serantau
|
|||
Aspek politk
|
|||
-
|
Mewujudkan
kestabilan politik
|
||
-
|
Meningkatkan
imej negara
|
||
-
|
Mengukuhkan
kewibawaan pemimpin negara
|
||
-
|
Mengeratkan
hubungan dengan negara jiran
|
||
-
|
Menyelesaikan
masalah antara negara melalui perundingan
|
||
-
|
Mengukuhkan
keamanan dalam negara
|
||
-
|
Mewujudkan
keharmonian dalam negara
|
||
-
|
Menjadi model
pentadbiran yang mantap
|
||
-
|
Mendamaikan
negara yang bersengketa
|
||
-
|
Menyelesaikan
masalah sempadan negara
|
||
-
|
Mengelak campur
tangan negara asing
|
||
Aspek ekonomi
|
|||
-
|
Meluaskan
pasaran keluar negara
|
||
-
|
Mengadakan
kerjasama ekonomi
|
||
-
|
Mengadakan
perjanjian perdagangan
|
||
-
|
Meningkatkan
eksport negara
|
||
-
|
Memajukan
ekonomi negara
|
||
-
|
Memajukan bidang
perdagangan antarabangsa
|
||
-
|
Memajukan bidang
pertanian
|
||
-
|
Peningkatan
penggunaan teknologi moden
|
||
-
|
Taraf hidup
rakyat meningkat
|
||
-
|
Mengadakan
projek usahasama antara negara
|
||
-
|
Memajukan sektor
perkilangan
|
||
Aspek sosial
|
|||
-
|
Memajukan bidang
pendidikan negara
|
||
-
|
Menjadi pusat pendidikan
antarabangsa
|
||
-
|
Menjadi tuan
rumah kejohanan sukan
|
||
-
|
Melahirkan ahli
sukan berwibawa
|
||
-
|
Memajukan
prasarana negara
|
||
-
|
Meningkat taraf
hidup rakyat
|
||
-
|
Melahirkan
golongan intelektual
|
||
-
|
Memajukan sektor
pelancongan
|
||
-
|
Memajukan bidang
telekomunikasi
|
||
-
|
Memajukan bidang
ict
|
||
-
|
Melahirkan
tenaga kerja mahir
|
||
6. a) Cabaran/masalah yang dihadapi oleh
pertubuhan serantau
-
Tekanan
daripada negara maju seperti penubuhan
EAEC terutamanya AS
-
Perkongsian
kepakaran yang terhad. Misalnya kepakaran dalam bidang pertanian di Thailand
lebih tinggi berbanding negara kita.
-
Masih
bergantung kepada negara maju untuk memasarkan barang siap.
-
Sukar
memasuki pasaran negara maju.
-
Tidak
semua negara ASEAN bersepakat dalam perlaksanan sesuatu isu seperti pelaksanaan
AFTA, masih terdapat negara yang mementingan pengeluaran barangan negara
mereka.
-
Tidak
sensitif dengan negara-negara anggota seperti Singapura menjalin hubungan
diplomatik dengan Israel
-
Kedudukan
yang strategik untuk penyeludupan dadah/perdagangn manusia.
-
Keadaan
politik negara anggota yang tidak stabil. Contoh selatan Thailand / Selatan
Filipina/Mymar/ Kemboja
-
Ancaman
lanun diperairan rantau Asia Tenggara.
-
Pencerobohan
sempadan negara lain/ ruang udara.
b) Langkah-langkah
yang boleh diambil oleh pertubuhan serantau.
-
Mencari jalan lain dengan menubuhkan ASEAN + 3
-
Bertukar-tukar
kepakaran di kalangan negara anggota.
-
Meluaskan
pasaran ke negara ASEAN dan negara Dunia Ketiga
-
Mengesakan
negara maju mengenakan syarat perdagangan yang adil
-
Kerap
mengadakan rundingan dan bertolak ansur dalam melaksanakan sesuatu dasar
-
Menghormati
keputusan yang diambil oleh pertubuhan serantau
-
Memperkuatkan
kawalan sempadan/ memperketatkan undang-undang kepada penceroboh
-
Kerjasama
di kalangan pemimpin negara anggota untuk member ideal
-
Kerjasama
negara anggota untuk mengawal perairan
ATAU
6 : Mencipta/ Menjana Idea
a) Isu-isu yang timbul antara
negara-negara Asean
- Isu jerebu
- Pencemaran alam sekitar
- Pendatang asing tanpa izin
- Pembantu rumah
- Jenayah merentasi sempadan
- Pencerobohan pengganas di Lahad Datu
- Pertelingkahan sempadan
- Tuntutan bertindih
- Pencerobohan ruang udara
- Perdagangan yang tidak seimbang
- Penyeludupan di sempadan
b) Langkah-langkah
penyelesaian
- Menghantar pegawai ke Sumatera untuk mencari
penyelesaian masalah jerebu
- Membuat deklarasi bersama memulihara alam sekitar
- Mengadakan rundingan berkaitan bayaran pembantu rumah
- Kerjasama pasukan keselamatan bagi membenteras jenayah
merentasi sempadan
- Mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina
berkaitan pencerobohan di
Lahad Datu
- Mengadakan rundingan antara kerajaan bagi penentuan
persempadanan antara
negara.
- Menyelesaikan
masalah tuntutan bertindih di Mahkamah Antarabangsa
- Berunding dan
menghantar bantahan ke negara berkenaan berkaitan pencerobohan
ruang udara
- Mengadakan perjanjian untuk perdagangan yang lebih
seimbang dan adil
- Bekerjasama menguatkuasakan undang-undang mencegah
penyekudupan di
(c) Langkah-langkah mengeratkan hubungan
antara negara serantau
- Berunding untuk menyelesaikan sebarang masalah
- Mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan
- Pertukaran
pelajar
- Universiti
berkembar
- Mengadakan latihan ketenteraan secara bersama
- Bersama-sama menyertai aktiviti sukan
- Mengadakan Tahun Melawat Asean
- Pertukaran budaya
- Kunjungan hormat antara pemimpin negara
- Bantuan kecemasan/ pasukan penyelamat
- Menjadi orang tengah/ perunding dalam penyelesaian
sebarang masalah
- Mengadakan kerjasama membenteras jenayah
(d) Faedah
hubungan serantau kepada negara kita Malaysia
- Negara
kekal berdaulat dan disegani
- Meningkat ekonomi negara
- Meningkatkan eksport negara ke negara Asean
- Penubuhan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade
Area (AFTA) meningkatkan kerjasama ekonomi
ASEAN
- Memaju
sistem pendidikan melalui penghantaran pelajar-pelajar ASEAN ke
menuntut di universiti di
negara ini.
- Kerjasama dalam bidang pendidikan
wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan
Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah
kerjasama dalam semua bidang pendidikan
- Membawa kepada pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
- Menjadi tuan rumah dalam
penganjuran Sukan SEA
- Menjadi tuan rumah mesyuarat ketua
kerajaan Asean/ Menteri Luar Asean
- Mendapat tenaga kerja bagi sektor
pembinaan dan perladangan
7.
Nilai , iktibar dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada penubuhan
serantau
untuk membolehkan kita hidup aman dan harmoni /
memajukan negara kita.
Nilai / unsur patriotisme.
·
Berfikir
secara rasional dalam menangani sesuatu isu.
·
Toleransi
antara masyarakat
·
Bertanggungjawab
untuk menjaga hubungan baik antara negara
·
Bekerjasama
menjayakan program / dasar-dasar kerajaan
·
Bersatupadu
antara masyarakat / pentingnya menjaga perpaduan
·
Bersikap
terbuka menerima kepelbagaian etnik lain
·
Berbaik-baik dengan negara
lain
·
Prihatin terhadap perkembangan dunia
·
Bantu
membantu antara masyarakat dan negara yang ditimpa musibah
·
Jujur/
amanah dalam menjalankan tanggungjawab negara
Iktibar
·
Kita
seharusnya menghormati dan memahami budaya negara lain
·
Tidak
mencampuri urusan negara lain kerana menghormati kedaulatan negara
masing-masing
·
Menyelesaikan
sebarang masalah secara mesyuwarah/rundingan
·
Berkongsi
kepakaran dan teknologi antara negara
·
Kita
perlu memperkukuhkan hubungan / pertubuhan serantau sedia ada
·
Menjadi tanggungjawab bersama dan
bersungguh-sungguh mengekalkan keamanan serantau
·
Kita sewajarnya mengekalkan
keselamatan dan kestabilan politik negara dan serantau
·
Berani menyatakan pendapat
terhadap isu-isu negara dan serantau demi kebaikan bersama
·
Kita
perlu sentiasa membuat rundingan dan bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu
dasar.
·
Kerjasama
pemimpin serantau dan negara kita dalam menstabilkan politik mampu menjadikan
negara aman
8. Kesimpulan/ Rumusan
Pengetahuan
-
Pentingnya
menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.
-
Perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan
rakyat dan negara.
-
Asean
memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
-
Asean
berjaya mengekalkan kedudukan Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan
berkecuali.
-
Penubuhan
ZOPFAN mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara.
-
Wujud
kerjasama antara negara serantau dalam bidang ekonomi.
-
Mewujudkan
AFTA ( kawasan perdagangan bebas ASEAN) bagi menghapuskan sekatan dagangan.
-
Wujud
kerjasama dalam bidang pendidikan
-
Kerjasama
dalam bidangkebudayaan dan sosial
-
Sukan
SEA dapat merapatkan hubungan antara
negara serantau melalui semangat kesukanan.
-
Mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan negara lain
-
Kerjasama
dalam bidang pelancongan Tahun Melawat ASEAN 1992
Iktibar
-
Pentingya
keamanan serantau
-
Pentingnya
semangat kerjasama antara negara
-
Pentingnya
perpaduan dan toleransi dalam kerjasama serantau
-
Pentingnya
berfikiran kreatif untuk manfaat bersama
-
Menghormati
undang-undang negara
-
Bijak
memanfaat peluang untuk kemajuan dan
kemanan
-
Memajukan
ekonomi serantau
-
Memerlukan
pemimpin berwibawa
-
jamin keamanan dan kemakmuran
-
Bersepakat dalam membuat keputusn
-
Menghormati negara lain
Harapan
-
Bersama-sama
memelihara maruah negara
-
Politik
negara menjadi semakin stabil
-
Taraf
hidup rakyat semakin meningkat
-
Ekonomi
negara semakin maju
-
Bidang
pendidikan bertaraf dunia
-
Memelihara
kemajuan yang telah dicapai dengan sebaiknya
-
Lahir
pemimpin bertaraf dunia
-
Bersama-sama
mengekalkan kedaulatan negara
-
Keamanan
serantau dapat dikekalkan
Ini adalah cadangan jawapan semata-mata sebagai panduan. Calon-calon SPM perlu bersedia daripada segi bahan-bahan lain yang mencukupi. Semoga anda berjaya!!! Good luck...
ReplyDelete