Wednesday 6 November 2013

Soalan KBKK

 SOALAN DAN JAWAPAN KBKK TERIKAT  
 TINGKATAN 4 Bab 2

1.  Pada pengetahuan sejarah anda,apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi?
 F1 Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan 
 F2 Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
 F3 Pemimpin tidak berkuasa mutlak
 F4 Menjamin hak asasi rakyat 
 F5 Tidak kejam
 F6 Kedaulatan di tangan rakyat
 F7 Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya 
 F8 Menjamin kerajaan yang adil/stabil

2. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. 
F1 Sentiasa bersikap inovatif 
F2 Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3 Memelihara/ mengekalkan keamanan negara 
F4 Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil 
F5 Pemerintahan yang berwibawa 
F6 meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau 
F7 Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8 Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh 
F9 Meningkatkan pemikiran/ kemahiran 
F10 Meningkatkan ilmu
F11 Meneroka bidang baru Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda,apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim di negara kita? F1 Membina pelabuhan
F2 Menurunkan cukai
F3 Menyediakan kemudahan moden
F4 Membina pusat-pusat perdagangan
F5 Memudahkan urusan kemasukan pelabur asing
 Mana-mana yang munasabah

4. Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarsi hingga kini?
 F1 Dalam bidang kesenian/pembinaan
 F2 Adat budaya/seni tarian/muzik/perkahwinan
 F3 Kesusasteraan
 F4 Keagamaan
 F5 Kitab-kitab perubatan lama/ramuan herba/pemakanan
 (Mana-mana jawapan munasabah)

Bab 5

5. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah.
 F1 Toleransi antara kaum
 F2 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
 F3 Mengutamakan keamanan
 F4 Permuafakatan
 F5 Kesungguhan dalam perjuangan
 F6 Menepati janji
 F7 Bijak mengatur strategi
 F8 Amalan bersaudara
F9 Memberi bantuan kepada yang memerlukan
F10 Berakhlak mulia
F11 Tidak mudah berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah

6. Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada peristiwa perjanjian Aqabah ?
F1 Amalkan sikap tolong menolong / bekerjasama
F2 Pentingnya pengorbanan utk mencapai kejayaan
F3 Menepati janji
F4 Kesetiaan kepada pemimpin
F5 Mementingkan sikap berdisiplin
F6 Mewujudkan persefahaman
F7 Keikhlasan
F8 Semangat setia kawan
F9 Bersifat terbuka
F10 Tolak ansur / diplomasi

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar. 
F1 Sifat negatif kepada positif
F2 Pemalas kepada rajin
F3 Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F4 Menggunakan strategi dalam pembelajaran

8. Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan?
 F1 Mengenepikan perbezaan bangsa dan agama
 F2 Mengelakkan perbalahan semasa sendiri
 F3 Mematuhi undang-undang
 F4 Taat kepada ketua
 F5 Mementingkan persaudaraan
 F6 Menjaga keamanan
 F7 Mengamalkan sikap bekerjasama
 F8 Bertolak ansur
 F9 Mematuhi ajaran agama
 F10 Sanggup berkorban

 Bab 6 
 9.Pada pendapat anda, mengapa Islam menekankan konsep syura dalam pemilihan pemimpin?
 F1 Menjamin bakal pentadbir yang tepat
F2 Memilih pemimpin yang benar-benar layak
F3 Memastikan pemimpin yang berhemah
F4 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan umat
F5 Pemimpin yang sentiasa berusaha memajukan negara
F6 Memilih pemimpin yang cemerlang dalam pentadbiran
F7 Memastikan kelancaran pentadbiran
F8 Pemimpin yang mampu membawa kebahagian dunia akhirat
 (Mana-mana jawapan munasabah)

10. Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan?
F1 Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju
F2 Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
F3 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4 Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
F5 Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai bidang ilmu
F6 Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
F7 Menggalakkan kegiatan penulisan
F8 Menggalakkan kegiatan penterjemahan
 (Mana-mana jawapan munasabah)

11, Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di persada dunia?
F1 Mengambil lebih ramai pelajar luar negara
F2 Melahirkan ramai cendekiawan tempatan
F3 Memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
F4 Menaiktaraf universiti di negara ini
F5 Menyediakan pelbagai kursus yang relevan
F6 Menaiktaraf tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
F7 Menggalakkan program pertukaran pelajar
F8 Memajukan program penterjemahan
F9 Memajukan program penulisan karya-karya/buku baru
F10 Menganjurkan program pendidikan antarabangsa
 Bab 8
12.Sebagai seorang rakyat Malaysia, mengapakah kita perlu mempertahankan sistem beraja di negara kita? F1 Raja merupakan ketua negara
F2 Raja lambing kedaulatan negara
F3 Warisan turun temurun sejak zaman KMM
F4 Lambang keamanan rakyat
F5 Lambang perpaduan
F6 Pelindung semua rakyat
F7 Pelindung orang Melayu
F8 Menjaga hak istif1mewa orang Melayu dan bumiputera
F9 Memastikan keadilanj dilaksanakan
F10 Melicinkan pentadbiran
 Mana-mana jawapan yang munasabah

13.Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi wang?
 F1 Kuasa membeli
 F2 Lambang status
 F3 Keperluan hidup
 F4 Penjagaan kesihatan
 F5 Peluang pendidikan
 F6 Keselesaan hidup
 F7 Keharmonian rumahtangga
 F8 Memenuhi kehendak
 (Mana-mana jawapan munasabah)

14. Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan supaya nilai hidup yang dibawa oleh Islam ini terus diamalkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia?
F1 Melalui kempen
F2 Melalui didikan ibu bapa
F3 Melalui aktiviti sekolah/persatuan
F4 Pihak media massa memperbanyak program berkaitan
F5 Peranan sesebuah keluarga menghidupkan budaya ini
F6 Generasi muda mesti mempunyai jati diri yang kukuh
F7 Generasi muda mesti berbangga/tidak malu mengamalkan budaya ini
F8 Peranan pemimpin
 Bab 9 
 15.Nyatakan nilai kehidupan yang boleh anda pelajari dari sejarah Zaman Gelap di Eropah?
 F1 Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan
 F2 Tanpa ilmu, kehidupan masyarakat akan mundur
 F3 Mentaati pemerintah
 F4 Hubungan baik antara rakyat dan pemerintah akan mengukuhkan negara

16. Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan dasar kerajaan British terhadap orang Melayu?
F1 Terpaksa membayar cukai
F2 Tidak bebas mengusahakan/memiliki tanah
F3 Melayu terdedah dengan ekonomi wang
F4 Melayu terpaksa bergantung dengan orang tengah untuk meminjam wang
F5 Terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang
F6 Melayu kekal miskin/sebagai petani
F7 Pekebun kecil Melayu terpinggir daripada aliran/kemajuan ekonomi
F8 Melayu tidak berpeluang terlibat dengan ekonomi moden
F9 Melayu gagal bersaing dalam ekonomi
F10 Dasar tanah British menyulitkan orang Melayu
( mana-mana jawapan munasabah )

17. Pada pendapat anda, mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu perlu dikekalkan?
F1 Dapat melindungi Tanah Simpanan Melayu
F2 Sebagai warisan Melayu
F3 Elak daripada jatuh ketangan bukan Melayu / orang asing
F4 Menjaga warisan tanah orang Melayu
 Mana-mana jawapan yang munasabah

 Tingkatan 5 
1. Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan pentadbiran di tempat yang dijajah ?
F1 Untuk menguasai ekonomi tanah jajahan
F2 Menguasai pentadbiran
F3 Memudahkan perluasan pengaruh
F4 Mengekalkan kuasa politik
F5 Mendapatkan cukai
F6 Menyebarkan agama Kristian
F7 Meluaskan jajahan takluk
F8 Menyebarkan budaya Barat
F9 Menguasai jabatan kerajaan
F10 Menghapuskan kuasa raja dan pembesar

2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk tempatan?
F1 Kemerosotan pengaruh golongan Datu
F3 Jawatan pembesar tradisional terhapus
F4 Institusi raja terhapus
F5 Pengaruh golongan agama merosot
F6 Cukai yang tinggi terhadap rakyat
F7 Kerahan tenaga kepada rakyat

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya? F1 Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn
F2 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat
F3 Untuk mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan
F4 Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain
F5 Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
F6 Penasihat tentera dari Perancis
F7 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
F8 Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi
F9 Memperkenalkan Kabinet Menteri Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan
     negara
F10 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
F11 Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah
F12 Menjalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua

4.Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?
F1 Melantik Gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai pentadbir pusat
F2 Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat
F3 Raja kehilangan kuasa
F4 Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
F5 Menjalankan pentadbiran melalui biro yang diketuai oleh pegawai Barat
F6 Memperkenalkan undang-undang Barat
F7 Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara mereka
F8 Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Melaksanakan sistem pungutan cukai
F10 Memaksa raja menerima penasihat Barat

 Bab 2
5.Pada pandangan anda, apakah peranan akhbar yang sewajarnya demi kemajuan dan kemakmuran negara ?
F1 Melahirkan / membangkitkan semangat kebangsaan
F2 Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
F3 Membangkitkan kesedaran agar masyarakat bersatu padu
F4 Memajukan bangsa
F5 Menggalakkan semua golongan memajukan diri
F6 Memajukan pendidikan untuk semua kaum
F7 Menggalakkan masyarakat maju dalam ekonomi
 Mana-mana jawapan munasabah

6. Pada pendapat anda, mengapakah orang Melayu pada masa itu menubuhkan persatuan? 
F1 Menggalakkan kesedaran untuk bersatu
F2 Membela kepentingan orang Melayu dalam semua bidang
F3 Perpaduan untuk menghadapi masalah bersama
F4 Orang Melayu akan menjadi bertambah kuat
F5 Suara orang Melayu akan didengari oleh British
F6 Semangat kenegerian akan diatasi
F7 Orang Melayu tidak mudah ditindas
F8 Mengukuhkan kuasa politik orang melayu
F9 Kebajikan orang Melayu akan terbela
F10 Memupuk semangat kebangsaan
 Mana-mana jawpan yang munasabah
 Bab 5 
7.Jelaskan iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara kita.
F1 Rela berkorban
F2 Menggunakan pendekatan musyawarah/ mesyuarat/ perundingan/ kesepakatan
F3 Mendukung konsep kerjasama antara kaum/ pemimpin
F4 Menggunakan kebijaksanaan
F5 Permuafakatan dalam membuat keputusan
F6 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
F7 Mengutamakan keamanan
F8 Mengamalkan toleransi/ tolak ansur
F9 Mengamalkan pendekatan diplomasi
F10 Perpaduan kaum diutamakan
F11 Mengutamakan kesejahteraan/ kesentosaan
F12 Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara

8. Pada pandangan anda, mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 perlu dihayati oleh generasi muda ?
F1 Menerapkan nilai tanggungjawab sebagai warga Malaysia
F2 Taat kepada Raja/ pemimpin
F3 Cinta akan negara
F4 Memupuk perpaduan di antara kaum
F5 Menghormati hak orang lain
F6 Taat kepada agama
 Bab 6 
9. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah cabaran semasa pembentukan Malaysia berjaya diatasi?
 F1 PTM/British berusaha menjelaskan pembentukan Malaysia
F2 Semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin
F3 Sikap toleransi dalam kalangan pemimpin
F4 Pemimpin memberikan kerjasama
F5 Pemimpin mempertimbangkan pandangan penduduk yang terlibat
F6 Kebijaksanaan pemimpin PTM/TAR tidak menggunakan Kekerasan semasa menghadapi tentangan
F7 Menghantar bantahan rasmi mengikut saluran betul/PBB
F8 Mengadakan lawatan untuk menjelaskan keadaan
 F9 Menggunakan cara diplomasi
F10 Kerjasama daripada rakyat
 (Terima mana-mana munasabah)

10. Pada pendapat anda apakah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki pemimpin negara ketika itu dalam usaha pembentukan Malaysia?
F1 Menyekat pengaruh parti berhaluan kiri di Singapura/berhaluan kiri
F2 Membendung / menyekat / menjadi benteng ancaman komunis
F3 Mempercepat kemerdekaan Singapura/Sarawak/Sabah
F4 Menjana pembangunan sosial/ekonomi/ politik
F5 Memelihara kestabilan poltik di rantau Asia Tenggara
F6 Memastikan kepentingan British terpelihara
F7 Mewujudkan satu pasaran yang luas
F8 Menggalakkan pelaburan
F9 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F10 Memanfaatkan keistimewaan semulajadi/sumber alam di negeri-negeri ini
F11 Mengimbangi jumlah / kadar pertumbuhan kaum
F12 Membina kesepakatan / semangat setiakawan antara negara
F13 Mewujudkan semangat toleransi / kerjasama
F14 Memastikan kedaulatan negara / negeri terjamin
F15 Mengekalkan kesejahteraan / perpaduan antara negeri
 (Mana-mana jawapan yang munasabah)

11.Pada pandangan anda, apakah kesan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara lebih kukuh
F4 Komunis dapat dibanteras
F5 Penjajahan asing dapat ditamatkan
F6 Merapatkan hubungan antara kaum
F7 Memperkayakan budaya negara
F8 Meluaskan pasaran dalam negara
F9 Sumber hasil diperkayakan
F10 Negeri-negeri kurang maju dapat dibangunkan
 (Mana-mana jawapan munasabah)

12. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pembentukan Malaysia ?
F1 Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
F2 Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
F3 Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
F4 Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.
F5 Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.
F6 Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.
F7 Menggalakkan pelaburan
F8 Menggalakkan perkembangan industri pertanian
F9 Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
F10 Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
F11 Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama
 [mana-mana jawapan munasabah]

13. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faedah yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia kepada rakyat pada hari ini?
F1 Keluasan negara bertambah
F2 Bilangan penduduk bertambah
F3 Pertahanan negara kukuh
F4 Komunis dapat diatasi
F5 Penjajahan asing ditamatkan
F6 Memperkayakan budaya negara
F7 Meluaskan pasaran negara
F8 Negeri kurang maju dapat dibangunkan
 (Mana-mana jawapan munasabah)

14. Bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia?
 F1 Setia akan pemimpin /Yang Dipertuan Agong
 F2 Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara
 F3 Menjayakan setiap kempen penyatuan/integrasi kaum
 F4 Bersatu-padu
 F5 Patuh akan undang-undang/peraturan
 F6 Menghormati lambang/simbol negara
 F7 Patuh akan perlembagaan negara
 (mana-mana jawapan munasabah)

 Bab 7 
15. Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita ?
F1 Mempunyai kuasa mendengar / menentukan perkara sivil / jenayah
F2 Menentukan kesahihan undang-undang
F3 Mentafsir Perlembagaan Persekutuan / Perlembagaan Negeri
F4 Melaksanakan tugas kehakiman
F5 Mentafsir undang-undang
F6 Menjamin keadilan / kesaksamaan undang-undang
F7 Hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah
 Mana-mana jawpan yang munasabah

16. Sebagai seorang warga negara , apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita?
F1 Menjalin pemuafakatan dengan kerajaan
F2 Mendaftar sebagai pengundi
F3 Keluar mengundi
F4 Berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian
F5 Bekerjasama dengan semua kaum
F6 Sedia bekorban demi tanah air
F7 Cintai negara
F8 Perasaan bangga akan negara

17. Pada pandangan anda, apakah kepentingan lambang-lambang negara kita?
F1 Rakyat dapat menunjukkan ketaatan dan kesetiaan terhadap tanah air
F2 Rakyat sanggup berkorban terhadap tanah air
F3 Taat kepada pemerintah
F4 Rakyat sentiasa bersemangat
F5 Simbol perpaduan
F6 Lambang kemegahan penduduk
F7 Membezakan Malaysia dengan negara lain
F8 Melambangkan kedaulatan sesebuah negara
F9 Memupuk semangat bersyukur
F10 Menyemarakkan semangat patriotisme
F11 Memupuk kesetiaan kepada raja
F12 Lambang jati diri bangsa dan negara
F13 Lambang identiti negara
F14 Menimbulkan perasaan bangga terhadap negara
F15 Simbol kedaulatan negara
F16 Melahirkan perasaan kecintaan terhadap tanah air
 Mana-mana jawapan yang munasabah

 Bab 8 
18.Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
 F1 Memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam majlis rasmi
F2 Menanam rasa bangga dan menyintai bahasa Melayu
F3 Mengadakan kempen ‘Minggu Bahasa Melayu’
F4 Mengadakan pertandingan penulisan esei Bahasa Melayu
F5 Menghayati Bulan Bahasa
F6 Meningkatkan amalan bacaan bahan-bahan dalam bahasa Melayu
F7 Menghargai bahasa Melayu melalui amalan pertuturan yang baik
 Mana-mana jawapan yang munasabah

19. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?
F1 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa komunikasai
F2 Mengamalkan budaya yang baik
F3 Menghormati kebudayaan kaum lain
F4 Mengasdakan aktiviti perkhemahan yg melibatkan pelbagai kaum
F5 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum
F6 Menyertai pelbagi aktiviti anjuran sekolah
F7 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum
 Mana-mana jawapan yang munasabah

20. Pada pandangan anda mengapakah bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan?
F1 Untuk memartabatkan bahasa Melayu
F2 Jamin perpaduan
F3 Pernah menjadi lingua franca di Alam Melayu
F4 Bahasa utama negara
F5 Menjadi bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
F6 Lambang kedaulatan kerajaaan Melayu
 Mana-mana jawpan yang munasabah

21. Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan?
 F1 Kestabilan politik
 F2 Tiada pemusatan kuasa
 F3 Raja sebagai ketua negara
 F4 Pertahanan menjadi lebih kukuh
 F5 Perkongsian ekonomi yang sama rata
 F6 Saling membantu dalam meningkatkan ekonomi
 F7 Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat
 F8 Keseimbangan kaum
 [Mana-mana jawapan munasabah]

 Bab 9
22.Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia?
F1 Elakkan daripada peperangan
F2 Hubungan yang baik dengan semua negara/diplomatik
F3 Perpaduan di kalangan rakyatnya
F4 Menghormati kedaulatan negara lain
F5 Perlumbaan senjata harus dielakkan
F6 Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang
F7 Menyelesaikan masalah melalui rundingan
F8 Menyertai pertubuhan serantau/antarabangsa
F9 Tidak menjalankan dasar penjajahan
 (Mana-mana jawapan munasabah)

23. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban negara dunia?
 F1 Kehancuran perpaduan manusia
 F2 Kemusnahan/ kehilangan warisan bangsa
 F3 Kehilangan nyawa
 F4 Keruntuhan ekonomi
 F5 Kemunculan kuasa besar/ besar
 F6 Kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
 F7 Kehancuran negara bangsa
 F8 Kehilangan hak asasi manusia
 [mana-mana jawapan munasabah]

9 comments:

  1. mengapakah mereka membantu dlm pentadbiran persekutuan tanah melayu 1948

    ReplyDelete
  2. mengapakah kita perlu mengekalkan keamanan negara?

    ReplyDelete
  3. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghormati sistem pemerintahan beraja di negara kita?

    ReplyDelete
  4. Mengapakah institusi pemerintahan beraja negara kita terus dikekalkan sehingga hari ini

    ReplyDelete