Wednesday 6 November 2013

SAMPEL LAPORAN KAJIAN


     SAMPEL LAPORAN KAJIAN

 
 




MENINGKATKAN KEUPAYAAN  MENGINGAT FAKTA UNTUK
MENJAWAB SOALAN STRUKTUR DAN ESEI SEJARAH
MENGGUNAKAN KAEDAH AKRONIM DAN MNEMONIC
(TimesNewRoman:11:B)


Oleh;
(TimesNewRoman:11)

ZAHARI BIN AWANG
                          SMK Kompleks Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu.
(TimesNewRoman:11:B)

ABSTRAK
(TimesNewRoman:11:B:I)
Sejarah ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia. Mata pelajaran ini dianggap ”giant killer” yang menghalang pelajar sama ada untuk mendapat ”straight A” mahupun untuk lulus dalam          peperiksaan SPM. Bahkan pelajar sangat kurang berminat untuk belajar Sejarah. Menyedari hakikat ini saya telah mengambil pendekatan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Hasilnya, didapati bahawa pelajar sebenarnya mengalami kesukaran untuk mengingat fakta-fakta sejarah yang begitu banyak.
   (TimesNewRoman: 11: I)




1.0     REFLEKSI PENCAPAIAN LALU

   Dalam peperiksaan SPM pertama yang diambil oleh pelajar-pelajar sekolah ini, mata pelajaran sejarah hanya mencatat peratus kelulusan sebanyak 42.31% pada tahun 2003. Tahap pencapaian pelajar yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan saya cuba  mengenal pasti punca yang menyebabkan pelajar tidak mendapat markah yang baik.    Hasil tinjauan yang dibuat dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumennya, didapati bahawa pelajar menghadapai masalah untuk mengingat fakta sejarah. (lampiran A)

   Saya cuba memudahkan cara supaya para pelajar dapat mengingat fakta dengan berkesan dengan menggunakan ‘Kaedah  Akronim’ dan penggunaan rangkai kata yang mudah diingat dalam pembelajaran sejarah.

   Kesannya sangat menakjubkan kerana pada tahun 2004, kelulusan telah meningkat lebih daripada 100% berbanding dengan tahun 2003. Pada tahun 2004, pencapaiannya ialah 87.01%. Seterusnya, pada tahun 2005, keputusan yang dicatat adalah sebanyak 87.8%. Walaupun pada tahun 2006, pencapaian turun sedikit kepada 80.1% tetapi saya berpendapat cara ini cukup ampuh dan efektif dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian pelajar.



2.0    FOKUS KAJIAN

        Tumpuan kajian adalah untuk kumpulan pelajar yang berada pada gred 9G yang rata-rata mendapat markah kurang daripada 20%. Kumpulan ini merupakan kumpulan penentu pencapaian sebenar peratusan kelulusan mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM. Di samping itu, kajian ini
         bertujuan untuk meningkatkan gred pencapaian setiap pelajar.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan mata pelajaran Sejarah dan mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah yang selalu dianggap sukar dan membosankan.

3.2 Objektif Khusus

Membantu pelajar mengingat fakta sejarah secara lebih mudah serta meningkatkan pencapaian pelajar galus (Gagal Lulus) dan pelajar sederhana untuk mencapai gred yang lebih baik.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Tumpuan kajian ini adalah untuk 10 orang pelajar dari tingkatan 5 Dedikasi (lemah) dan 10 orang pelajar 5 Arif 2006 (Baik) . Hal ini bermakna bahawa kajian ini melibatkan pelajar lemah bagi membantu pelajar untuk lulus dan  pelajar baik bagi sasaran mendapat Gred A.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Berpandukan  penganalisisan markah pencapaian markah peperiksaan akhir tahun 2005 dan ujian TOV 2006, didapati bahawa 80% pelajar tingkatan 5 Dedikasi gagal dan 90% pelajar 5 Arif berada pada tahap sederhana iaitu mencapai markah antara 40 hingga 60 peratus ( pada gred 7D, 6C dan 5C).

5.2 Analisis pencapaian pelajar sebelum dan semasa program dijalankan.

Jadual 1

Analisis Markah Tingkatan 5 Arif Tahun 2006                                               
.                                                                                                                                   .
Bil           Nama Respondan                             TOV           OTI          SPM 06     .
1.
Ahmad Huzaifah Bin Yusof                       
22(9G)        


2.
Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri
59(5C)        


3.
Mohd Shaharuddin Bin Abdul Rahman      
42(7D)       


4.
Afidah Bt Abdul Wahab
54(6C )       


5.
Aimi Suhaili Bt Ahmad                              
54(6C )       


6.
Nadzirah Bt Mohamad                                
68(3B )       


7.
Nur Hazwani Bt Hanapi                              
56(5C)       


8.
Nor Kamaliah Bt Osman                             
56(5C )       


9.
Nor Zuriati Bt Mohd Rani                            
37(8E)      


10.
Nurhani Bt Azlan                                       
56(5C)      




Jadual 2:

                               Analisis Markah Tingkatan 5 Dedikasi Tahun 2006
.                                                                                                                                  .
Bil           Nama Respondan                             TOV           OTI          SPM 06    .
1.
Ahmad Shariman Bin Alwi                           
23(9G)      


2.
Mohd Nazrul bin Mamat                                
17(9G)      


3.
Mohd Safarudin Bin Shamsudin
17(9G)      


4.
Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman              
31 (8E)        


5.
Muhammad Arsyad Bin Shafii                     
19(9G)        


6.
Sufian Bin Rosli                                            
44(7D)        


7.
Nor Maslinda Bt Che Musa                          
36 (8E)        


8.
Nur Faznina Bt Ramli                                    
11(9G)      


9.
Nurul Faziha Bt Ismail                                  
34 (8E)      


10.
Mohd Afendi Bin Ramli                             
09(9G)        



  • Data adalah daripada rekod ujian yang dijalankan secara formal

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa pelajar tidak mendapat markah yang baik disebabkan oleh masalah tidak ingat akan fakta.  Perkara ini dapat disimpulkan melalui soal selidik yang telah dibuat terhadap responden yang berkaitan.

6.0 METODOLOGI TINDAKAN

Hasil dapatan daripada soal selidik satu strategi telah diatur dan dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dipanggil AKRONIM . Pelajar dikehendaki membuat akronim atau kependekan bagi fakta dalam setiap petikan teks bermula dengan mengenal pasti isi/fakta. Isi/fakta digariskan dan kemudian disusun dalam peta minda. Akhir sekali pelajar membentuk satu akronim untuk mengambarkan fakta yang ada .

6.1 Sampel/ contoh pelaksanaan Kaedah Akronim.
 Nyatakan sifat-sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad Saw. ( contoh soalan struktur)

Langkah 1: Kajian teks

Pelajar membaca dengan teliti bahan daripada buku teks sejarah. Kenal pasti isi/fakta yang terdapat dalam teks dengan cara menggaris isi tersebut. ( lihat Tingkatan 4 bab m.s 105  )

Langkah 2 : Membina peta minda

Pelajar dikehendaki menyusun isi/fakta dalam satu peta minda. ( lihat lampiran b : contoh peta minda hasil kajian teks dalam langkah 1)

Langkah 3. Mencipta AKRONIM

Daripada fakta tadi, pelajar mencipta satu kependekan yang mudah diingat bagi menggambarkan fakta/isi tajuk yang berkenaan. Contohnya, untuk menggambarkan sifat Nabi Muhammad SAW, akronim yang digunakan ialah STAF.Konsonan S mewakili Siddiq (berkata benar), konsonan T mewakili Tabligh (menyampaikan), vokal A mewakili Amanah dan konsonan F mewakili Fatanah (bijaksana)
 ( Rujuk bab 4 tingkatan 4 m.s 105 : Perkembangan Islam : Keperibadian Nabi Muhammad SAW)

Kaedah yang sama digunakan untuk menjawab soalan esei.
Contoh soalan: Terangkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. ( Bab 1 Tingkatan 5 m.s 14 - 17 )

K -     Karya kesusasteraan
I   -     Intelektual ( kemunculan & kesedaran)
M -     Media massa ( pengaruh & peranan)
B -     Barat ( dasar penjajahan Barat)
A -     Agama ( pengaruh )
L -      Luar ( pengaruh luar Asia Tenggara)
P -     Pendidikan ( perkembangan sistem pendidikan)
P -     Pengangkutan dan perhubungan

Akronim yang dicadangkan ialah KIMBAL PP
*** lihat lampiran untuk mendapatkan beberapa contoh lain.

7.0        Analisis pencapaian sebenar pelajar setelah mempraktikkan kaedah ini beberapa bulan sehingga menjelang peperiksaan sebenar SPM.

Jadual 3:

Jadual Perbandingan Pencapaian Sebelum, Semasa dan Setelah Selesai
Mempraktikkan Kaedah Akronim bagi Responden Terpilih Tingkatan 5 Arif
.                                                                                                                                   .
Bil           Nama Respondan                             TOV         OTI          SPM 06       .
1.
Ahmad Huzaifah Bin Yusof                       
22(9G)        
27 ( 9G)               
6C
2.
Mohd Fakhri Bin Shamsul Bahri
59(5C)        
61 ( 4B)               
1A
3.
Mohd Shaharuddin Bin Abdul Rahman      
42(7D)        
48 ( 6C)               
2A
4.
Afidah Bt Abdul Wahab
54(6C )       
44 ( 7D)               
2A
5.
Aimi Suhaili Bt Ahmad                              
54(6C )       
68 ( 3B)               
        2A
6.
Nadzirah Bt Mohamad                                 
68(3B )       
64 ( 4B)               
1A
7.
Nur Hazwani Bt Hanapi                              
56(5C)       
57 ( 5C)               
2A
8.
Nor Kamaliah Bt Osman                             
56(5C )       
62 ( 4B)               
2A
9.
Nor Zuriati Bt Mohd Rani                            
37(8E)      
52 ( 6C)
1A
10.
Nurhani Bt Azlan                                       
56(5C)      
64 ( 4B)               
1A
                                           
                                                                                                                          
Jadual 4:

Jadual Perbandingan Pencapaian Sebelum, Semasa dan Setelah Selesai
Mempraktikkan Kaedah Akronim bagi Responden Terpilih Tingkatan 5 Dedikasi.
.                                                                                                                                   .                                                                                                                                   
Bil           Nama Respondan                             TOV           OTI          SPM 06    .
1.
Ahmad Shariman Bin Alwi                           
23(9G)      
27 (9G )               
9G
2.
Mohd Nazrul bin Mamat                                
17(9G)      
39 (8E )                
8E
3.
Mohd Safarudin Bin Shamsudin
17(9G)      
26 (9G )               
7D
4.
Mohd Ziehafizan Bin Abd Rahman              
31 (8E)        
39 (8E)                
6C
5.
Muhammad Arsyad Bin Shafii                      
19(9G)        
20 (9G)               
7D
6.
Sufian Bin Rosli                                            
44(7D)        
48 (6C )                
4B
7.
Nor Maslinda Bt Che Musa                          
36 (8E)        
41 (7D)                 
7D
8.
Nur Faznina Bt Ramli                                    
11(9G)      
15 (9G)                
7D
9.
Nurul Faziha Bt Ismail                                  
34 (8E)      
36 (8E)                 
8E
10.
Mohd Afendi Bin Ramli                              
09(9G)        
21 (9G)                
9G


8.0        REFLEKSI KAJIAN

Ternyata daripada teori dan metodologi yang didedahkan kepada responden
telah mampu membantu meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengingat fakta-fakta sejarah. Hal ini sangat membantu mereka pada saat genting untuk menghadapi peperiksaan. Terbukti bahawa pencapaian mereka meningkat. (Lihat perbandingan jadual 1 dan 2 iaitu pencapaian awal berbanding jadual 3 dan 4 pencapaian dalam peperiksaan sebenar).

Responden ternyata lebih mudah untuk mengingat fakta-fakta sejarah yang
banyak dan membosankan mereka satu ketika dulu. Secara umumnya, pengkaji berpendapat bahawa kaedah ini sangat praktikal dan menyeronokkan kerana dalam satu helaian kertas kita dapat mencatat ratusan fakta dengan menggunakan AKRONIM yang dibina oleh individu itu sendiri.

Walau bagaimanapun kajian ini sebenarnya hanya terbatas dalam lingkungan SMK Kompleks Seberang Takir , Kuala Terengganu. Tidak dapat dipastikan keberkesanannya di sekolah-sekolah yang lain.

9.0        CADANGAN / SYOR

Walaupun mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras tetapi pembelajarannya membosankan kerana pelajar terpaksa menghafal dan merujuk buku yang kandungannya  sarat dengan fakta. Oleh sebab itu, untuk memupuk dan mengembangkan minat pelajar terhadap mata pelajaran ini, seseorang guru perlu kreatif , kritis dan efektif dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran Sejarah.. Pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah yang terbukti berkesan dan menyeronokkan mereka dan seterusnya mampu memberi kan keyakinan dan harapan kepada mereka untuk berjaya.

Kaedah ini bukanlah satu-satunya kaedah yang menarik kerana masih banyak kaedah dan inovasi baru yang boleh digunakan dalam zaman ICT dan kecanggihan teknologi digital ini. Guru perlu menerokainya dan sanggup mengkaji dan mencipta teknik dan kaedah pengajaran yang baharu secara tekal agar penemuan-penemuan baharu dapat dimanfaatkan oleh semua guru di sekolah.  Hal ini juga akan membibitkan kepuasan kerja bagi seseorang guru Sejarah itu.

RUJUKAN

Sharifah Alwiah Alsagoff , 1986,  Imu Pendidikan: Pedagogi, Kuala Lumpur:                
Heineman ( Malaysia) sdn bhd

Junaidah Salehudin dll, 2006., Masteri Memori Melalui Peta minda Sejarah SPM.
Selangor Darul Ehsan:  PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Ramlah Adam dll, 2003. Sejarah Tingkatan 5 ( Buku Teks). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dll, 2002,  Sejarah Tingkatan 4 ( Buku Teks).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hj. Matsor Ismail dll, 2006, Modul Sejarah Tingkatan 5. Kuala Terengganu: Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.

Salinan slip keputusan peperiksaan SPM 2006 , Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Rekod markah ujian buku Rancangan Mengajar En. Zahari Awang.

Lampiran A; Contoh soalan soal selidik yang dikemukakan kepada murid.



Borang Soal Selidik

Pilih item yang tepat dengan menulis skala nombor berkait dengan masalah
anda.

1. Ya
2. Tidak
3. Tidak Pasti

a. Sejarah satu mata pelajaran yang sangat luas kandungan sukatannya.       (              )

b. Saya berpendapat bahawa sejarah  satu mata pelajaran yang sukar dikuasai. (          )

c. Saya menghadapi masalah untuk mengingat fakta sejarah                             (             )

d. Saya tidak mempunyai satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan
    pencapaian saya dalam Sejarah.                                                                      (            )

e. Saya pasti dapat mendapat markah yang lebih baik jika mempunyai
    kaedah yang sesuai untuk mengingat fakta.                                                    (             )

f. Adakah anda yakin guru anda dapat membantu  mengubah dan
   meningkatkan pencapaian anda.                                                                       (            )

g. Saya rasa lebih yakin setelah mempraktikkan kaedah mengingat
    fakta yang diajar oleh guru. ( jawab selepas praktikkan kaedah.)                    (             )                                                                  



Rumusan jawapan pelajar:

Rata-rata pelajar menjawab ”Ya” bagi soalan a, b, c, d dan g.
Memilih ”Tidak Pasti” bagi soalan e dan f.









Lampiran b:: Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad saw


Langkah 2




Radial Diagram


Langkah 3

Untuk mengingat sifat terpuji Nabi Muhammad SAW pelajar perlu ingat STAF




Lampiran c: Contoh peta minda yang dibina berdasarkan petikan dalam teks
                         Bab 4 tingkstan 5


AKRONIM yang boleh dibuat ialah GPK KK
 
Radial Diagram











Lampiran D



No comments:

Post a Comment