MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH “TERANGKAN”DENGAN KAEDAH BADAR.
Oleh;
ZAHARI BIN AWANG
SMK Kompleks Seberang
Takir,
21300 Kuala Terengganu.
ABSTRAK
Sejarah
ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia
dan bakal menjadi wajib lulus dalam peperiksaan SPM bermula 2013. Antara soalan
yang selalu menjadi kata soal dalam bahagian B kertas 2 sejarah ialah
“Terangkan”. Kumpulan pelajar daripada kumpulan HALUS selalu menghadapi masalah cara mengolah jawapan bagi soalan
terangkan.Majoriti pelajar dalam kelompok ini tidak dapat menjawab soalan ini
dengan berkesan. Bahkan ada yang tidak mendapat sebarang markah daripada
ceraian soalan ini yang sekali gus menyumbang kepada kegagalan mendapat markah
yang baik dalam peperiksaan. Kaedah “BADAR”
telah membawa perubahan kepada kelompak pelajar yang menghadapi masalah ini.Setelah
pendekatan ini digunakan kelompok pelajar yang menghadapi masalah menjawab
soalan ini telah berjaya memahami bagaimana cara mengolah jawapan bagi soalan
sebegini.Keadaan ini sekali gus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka
untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang diberikan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Saya
pernah menghasilkan satu kajian tindakan berkaitan mata pelajaran Sejarah yang
bertajuk “Meningkatkan Keupayaan Mengingat Fakta Bagi Menjawab Soalan Struktur
Dan Esei Sejarah Dengan Menggunakan Kaedah Akronim Dan Mneumonic”. Kajian ini
telah saya bentang di peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2007.
Meski pun kajian
itu amat membantu saya dalam meningkatkan pencapaian pelajar tetapi saya masih
berasakan perlu melakukan penambahbaikan terhadap kajian yang telah dibuat.Ini
memandangkan masih terdapat kelemahan pelajar terutama semasa menjawab soalan bahagian B iaitu esei dalam kertas 2 Sejarah
SPM yang melibatkan soalan “Terangkan…”.
Daripada pemerhatian dan analisis yang telah saya
jalankan didapati pelajar daripada kumpulan HALUS menghadapi masalah
untuk mengolah jawapan bagi soalan “Terangkan….”. Kebanyakan mereka gagal
menjawab soalan ini dengan baik bahkan terdapat juga yang langsung tidak cuba
menjawab semasa menjawab soalan latihan yang diberikan. Ini akan menyebabkan
mereka kehilangan antara 8 hingga 10 markah bagi setiap soalan terangkan jika
mereka memilih soalan itu utnuk dijawab. Ini telah memberikan kesan kepada
pencapaian peratus lulus dalam Ujian TOV SPM 2010. (lihat jadual 1)
Ini
menyebabkan saya berfikir apakah pendekatan atau kaedah yang patut digunakan
untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya telah menyebabkan saya mencuba kaedah
“BADAR”
sebagai jalan penyelesaian.
Jadual 1
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian TOV 2010
Jumlah calon Bil Lulus Bil.
Gagal % Lulus % Gagal
________________________________________________________________
122
65 57 53.3 46.7
_____________________________________________________________
2.0
FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN
Tumpuan kajian adalah untuk 10 pelajar
kumpulan Halus yang dikenalpasti menghadapi masalah untuk menjawab soalan ini.Masalah
ini mula dikesan dalam Ujian TOV SPM 2010. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan
latihan semasa proses pembelajaran di dalam kelas dengan memerhati, meneliti
dan mengenalpasti punca sebenar masalah kegagalan menjawab soalan “ terangkan...”
Kajian
ini tertumpu kepada aspek kata tugas soalan “terangkan...” yang bermatlamat agar pelajar berkenaan akan dapat mengolah
jawapan esei sejarah yang mempunyai kata tugas “ terangkan...” dan akan mendapat sekurang-kurangnya 6 hingga 8 markah
daripada ceraian tersebut..
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
3.1.1 Meningkatkan
pencapaian lulus dalam peperiksaan atau ujian.
3.1.2
Mewujudkan rasa seronok untuk belajar Sejarah kerana mampu
menjawab soalan yang disoal dengan
pendekatan yang betul.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1
Membantu pelajar menjawab soalan esei “terangkan….”dengan
dengan berkesan.
3.2.2Meningkatkan
pencapaian pelajar dalam ujian atau peperiksaan
supaya sekurang-kurangnya mampu lulus.
4.0 KUMPULAN SASARAN (RESPONDEN)
Kajian
ini melibatkan pelajar yang patut lulus bagi membantu mereka lulus dalam
peperiksaan dan meningkatkan kuantiti
lulus mata pelajaran Sejarah. Bilangan responden yang dipilih adalah seramai 10
orang yang dirasakan mampu lulus dan boleh mendapatkan markah yang baik jika
dapat meningkatkan keupayaan untuk menjawab soalan berbentuk “terangkan...”
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
5.1.1 Refleksi pengajaran dan
pembelajaran
Setiap kali berakhir sesuatu sub topik pengajaran dan pembelajaran saya
akan memberikan latihan berbentuk esei.Salah
satu soalan adalah melibatkan kata soal“terangkan”.Bagi golongan pelajar daripada kumpulan sederhana dan lemah,
mereka didapati gagal menjawab dan ada yang tidak menjawab langsung soalan
tersebut.Ini menyebabkan saya berasa kecewa dan pelajar pula seakan beranggapan
Sejarah adalah satu mata pelajaran yang sukar untuk lulus apa lagi untuk
mendapatkan markah yang baik.
Apabila Ujian TOV SPM 2010 dijalankan dalam bulan Februari didapati ramai
pelajar yang gagal mendapat markah apabila memilih untuk menjawab soalan “terangkan”.Saya mula
memikirkan pendekatan dan kaedah yang diharap dapat membantu pelajar dan
seterusnya memberikan keyakinan serta menarik minat mereka untuk belajar
sejarah.
5.1.2 Pemerhatian
Daripada pemerhatian dan pemeriksaan buku latihan pelajar, saya dapati ada
pelajar
yang gagal mengolah jawapan bagi soalan “terangkan” bahkan terdapat pelajar yang
langsung tidak cuba menjawab soalan begini dalam
Ujian TOV SPM 2010. Ini bermakna tiada markah yang akan diperolehi untuk
ceraian soalan ini.
5.1.3 Temubual
Saya telah menjalankan sesi perbincangan dengan pelajar tentang masalah
sebenar yang mereka hadapi sehingga tidak menjawab soalan tersebut. Daripada 25
pelajar yang ditemubual 15 orang daripada mereka langung tidak memilih untuk
men jawab soalan terangkan. 10 orang lagi cuba menjawab tetapi gagal mengolah
jawapan dengan berkesan.Daripada temubual, kebanyakkan mereka memberi alasan
tidak tahu bagaimana mahu mengolah jawapan bagi soalan begini. Ada juga yang
menyatakan soalan itu sukar dijawab.
5.1.4 Ujian Pra
Bagi mendapatkan dapatan awal pencapaian sebenar
pelajar saya telah menjalankan ujian
pra terhadap 10 pelajar berkenaan dengan memberikan tiga soalan berbentuk“terangkan” yang setiap satunya
mempunyai markah penuh 8 markah. Pencapaian dapat dilihat daripada jadual di
bawah.
Jadual 2
Jadual Dapatan Awal Responden( Ujian Pra)
(Markah penuh 24)
Bil
|
Nama pelajar
|
Ujian Pra
|
1. AHMAD LUTFI BIN MOHD 02
2.
AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD 00
3.
MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN 04
4.
MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI 08
5.
MUHAMMAD DANIAL BIN M. KHALIL 04
6.
MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR 05
7.
MUNIRAH BT ARIFFIN 03
8.
NABIHAH BT ABDUL AZIZ 09
9.
NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ 06
10.
NURUL FARHANA BT BAHARUDDIN 05
______________________________________________________________________________
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Setelah selesai ujian pra telah diadakan bagi meneliti tahap pencapaian
semasa pelajar. Ujian ini melibatkan kesemua 10 pelajar yang dipilih dan
dijalankan setelah berakhir sub topik dalam sukatan pelajaran.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
pelajar berkenaan gagal menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan.Antaranya
ialah:
a. Tidak pasti cara untuk
menulis jawapan bagi soalan “
terangkan”
b. Tidak faham kehendak
soalan tersebut.
c. Tidak tahu hendak
bagaimana hendak mengembangkan jawapan.
d. Kurang membaca yang
menyebabkan mereka tidak bersedia untuk menjawab soalan berbentuk demikian.
e. Beranggapan soalan “ terangkan” sukar dijawab.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan/Metodologi
tindakan
Setelah menganalisis permasalahan reponden yang dipilih, beberapa tindakan
telah dijalankan bagi menguji keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil.
Langkah 1: Kaedah “BADAR”
Memberi kefahaman asas tentang kehendak jawapan bagi soalan “terangkan” kepada respoden supaya mereka mendapat gambaran sebenar
cara menjawab soalan tersebut.
Soalan ini memerlukan fakta dan huraian sebagai jawapan. Setiap fakta perlu
digandingkan dengan sekurang-kurangnya satu huraian.Ini dianggap sebagai
formula asas bagi menjawab soalan “terangkan”.Saya menerangkan soalan terangkan ibarat sepohon
pokok, batang (kata tugas soalan) yang
mempunyai dahan-dahan (fakta bagi menjawab soalan) dan setiap dahan mempunyai
ranting-rantingnya sendiri( huraian kepada fakta). Keterangan ini saya illustrasikan
dalam bentuk rajah seperti dilampirkan di belakang.
Langkah 2: Mengenal fakta dan
huraian
Dengan berpandukan buku teks sejarah tingkatan 5, ms 14 hingga 17, saya
telah mengadakan sessi perbincangan dengan responden yang dipilih bagi
mengenalpasti fakta (dahan) dan huraian (ranting) bagi soalan berbunyi “Terangkan
faktor-faktor yang menyebabkan
kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara”. Perkataan yang
digelapkan itu adalah pokok persoalan (batang) yang memerlukan kepada dahan (fakta) dan
ranting (huraian bagi fakta).
Terangkan faktor-faktor kemunculan
nasionalisme di Asia Tenggara (ms 14-17)
Bagi contoh soalan ini, saya menyediakan jadual
seperti di bawah dan meminta responden
melengkapkan bahagian huraian dengan bantuan buku
teks.Teknik ini membantu saya mengatasi sikap pelajar yang malas atau tidak suka
membaca buku teks sejarah selain daripada mengatasi persoalan kajian yang saya
lakukan ini.Saya telah menerapkan penggunaan akronim bagi membantu pelajar
mengingat kembali fakta sebagaimana yang telah saya lakukan dalam kajian
tindakan saya yang lalu.
K - Karya
kesusasteraan
I - Intelektual ( kemunculan & kesedaran)
M - Media massa (
pengaruh & peranan)
B - Barat ( dasar
penjajahan Barat)
A - Agama ( pengaruh )
L - Luar (
pengaruh luar Asia Tenggara)
P - Pendidikan (
perkembangan sistem pendidikan)
P - Pengangkutan
dan perhubungan
Akronim yang dicadangkan ialah KIMBAL PP
Fakta(Dahan)
|
Huraian (Ranting)
|
Dasar penjajah Barat
|
|
Pengaruh agama
|
|
Karya sastera
|
|
Peranan sistem pendidikan
|
|
Kemunculan golongan intelektual
|
|
Pengaruh media massa
|
|
Peranan sistem pengangkutan dan perhubungan
|
|
Pengaruh luar
|
|
Langkah 3: Menyemak hasil responden melengkapkan jadual dilangkah 2.
Terangkan faktor-faktor kemunculan
nasionalisme di Asia Tenggara (ms 14-17)(Batang)
Fakta(Dahan)
|
Huraian (Ranting)
|
Dasar penjajah Barat
|
Menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
|
Pentadbiran penjajah tidak memberikan peluang sewajarnya kepada rakyat
tempatan dalam sistem pentadbiran moden
|
|
Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
|
|
Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo
menindas penduduk peribumi
|
|
Penjajah mewujudkan jurang sosial
|
|
Menganggap mereka berada dalam kelas tersendiri
|
|
Mereka hanya bergaul dengan golongan elit tempatan
|
|
Dasar menggalakkan kemasukan imigran melahirkan perasaan tidak puas hati
rakyat.
|
|
Pengaruh agama
|
Agama berjaya menyatukan rakyat tempatan
|
Peranan agama sebagai alat menyatukan rakyat tempatan
|
|
Contohnya Gerakan Islah di Tanah Melayu/Persatuan Belia Buddha di Burma
|
|
Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme
|
|
Golongan agama sebagai pencetus nasionalisme
|
|
Di Filipina agama Kristian menyatukan penduduk peribumi untuk menentang
Sepanyol
|
|
Mereka dianggap penganut Kristian kelas kedua.
|
|
Karya sastera
|
Membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara
|
Karya terlibat menyampaikan mesej kesengsaraan/kekecewaan terhadap
penindasan penjajah
|
|
Akhirnya membangkitkan kecintaan terhadap tanah air
|
|
Di Filipina , novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan
nasionalisme di Filipina/Asia Tenggara
|
|
Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya
Chairil Anuar begitu berpengaruh
|
|
Di Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako sangat terkenal
|
|
Peranan sistem pendidikan
|
Sikap penjajah pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan
|
Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa
pengantar
|
|
Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah
|
|
Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
|
|
Di Indonesia anak golongan priyayi diberi pendidikan tersendiri
|
|
Diasingkan daripada anak orang kebanyakan
|
|
Tujuan Belanda untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan
|
|
Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman
kepada sekolah Buddha
|
|
Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan
|
|
Kemunculan golongan intelektual
|
Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat
|
Mereka didedah dengan idea falsafah Barat dan Islam
|
|
Menyedarkan golongan ini bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan
dengan baik
|
|
Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air
|
|
Peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela
|
|
Pada peringkat lanjutan mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka
|
|
Pengaruh media massa
|
Menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara
|
Menyebarkan idea-idea nasionalis
|
|
Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata
|
|
Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar
berpengaruh
|
|
Di Tanah Melayu Al Ikhwan/Saudara/Warta Malaya/ Majlis adalah akhbar
utama
|
|
Peranan sistem pengangkutan dan perhubungan
|
Telefon dan telegraf memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis
|
Pembinaan jalan raya/keretapi dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang
sebelumnya terpisah
|
|
Memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu dan berbincang idea-idea
|
|
Pengaruh luar
|
Kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia
|
Membuka mata para nasionalis keupayaan negara kecil menewaskan negara
besar
|
|
Perjuangan Mahatma Gandhi di India
|
|
Memberikan inspirasi kepada nasionalis Asia Tenggara.
|
Daripada jadual ini terdapat lapan dahan (fakta) bagi pokok persoalan.
Lazimnya soalan ini akan membawa kepada 8 markah maksima. Ini bermakna bukan
semua dahan(fakta) dan ranting(huraian). Panduan yang boleh diambil ialah untuk
mendapat 8 markah maksima responden hanya perlu mengingat 4 dahan (fakta) dan
digandingakan dengan 1 ranting bagi setiap dahan. Ini adalah had minima bagi
mendapat 8 markah tersebut. Bagi mendapat peluang yang lebih baik responden
digalakkan mengandingkan setiap dahan (fakta) dengan lebih daripada satu
ranting (huraian) dan ditulis dalam satu perenggan.
Langkah 4: Membentuk pokok yang
lengkap dengan kaedah “BADAR”.
Pada peringkat ini, responden dikehendaki menulis esei bagi contoh soalan
ini dengan berbantukan jadual yang telah dilengkapkan secara bebas iaitu mereka
bebas memilih mana-mana dahan (fakta) dan ranting (huraian bagi fakta berkenaan)
mengikut kemampuan pengingatan mereka.Hasilnya ada beberapa hasil pengolahan
jawapan yang dipersembahkan oleh responden.
Contoh 1 esei yang dihasilkan:
Faktor pertama ialah dasar penjajah Barat yang menimbulkan rasa tidak puashati
rakyat
Kerana rakyat
tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional.
Faktor kedua ialah pengaruh agama
seperti Gerakan Islah di Tanah Melayu yang
menjadikan
golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.
Faktor ketiga pula pengaruh luar seperti Kejayaan Jepun
menewaskan China dan Russia
telah membuka
mata para nasionalis keupayaan negara kecil menewaskan negara besar.
Faktor keempat ialah pengaruh media massa yang menanam perasaan anti penjajah
kepada rakyat
jelata seperti Al
Ikhwan,Saudara ,Warta Malaya dan Majlis di Tanah Melayu
|
Contoh 2 esei yang dihasilkan:
Terdapat
pelbagai faktor yang telah mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme di
Asia Tenggara. Kemunculan golongan intelektual yang berpeluang melanjutkan
pelajaran di Barat dan Asia Barat telah menyedarkan golongan ini bahawa
penjajah tidak mentadbir tanah jajahan dengan baik. Golongan ini
telah memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.
Dasar
penjajah Barat juga
telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat tempatan kerana tidak
memberi peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran
moden.
Pengaruh media massa seperti akhbar Al Ikhwan,Saudara
,Warta Malaya dan Majlis di Tanah Melayu
yang menanam perasaan anti penjajah di dalam artikel
mereka.
Peranan sistem
pendidikan juga telah
menyedarkan rakyat Asia Tenggara tentang sikap penjajah pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan. Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk
bandar.
|
Langkah
5:Latihan susulan
Setelah responden diperhatikan dan dilihat sudah menguasai kemahiran bagi
menggunakan
pendekatan ini, saya telah memberikan latihan-latihan susulan yang
melibatkan soalan yang mempunyai kata tugas yang sama.
Langkah 6: Mengadakan Ujian Post
Bagi mendapatkan keesahan perubahan pada tanggapan responden tentang
masalah yang dihadapi sebelum ini, saya telah mengadakan ujian post yang
melibatkan tiga soalan yang mempunyai kata tugas ”terangkan”. Setiap soalan
diberikan 8 markah maksima. Ini bermakna markah penuh adalah 24.
6.0 DAPATAN KAJIAN.
Analisis pencapaian sebenar
pelajar setelah mempraktikkan kaedah BADAR.
Setelah selesai ujian
post saya telah melakukan analisis pencapaian bagi setiap responden tersebut.
Hasilnya dapat dilihat pada jadual 2 di bawah.
Jadual 2
Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Post
Dengan Kaedah “BADAR" bagi Responden Terpilih Tingkatan
5 Bestari
Bil
|
Nama pelajar
|
Ujian Pra
|
Ujian Post
|
1.
AHMAD LUTFI BIN MOHD 02
18
2.
AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD 00
04
3.
MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN 04
22
4.
MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI 08 22
5.
MUHAMMAD DANIAL BIN M KHALIL 04 20
6.
MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR 05
20
7.
MUNIRAH BT ARIFFIN 03 24
8.
NABIHAH BT ABDUL AZIZ 09 24
9.
NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ 06
21
10.
NURUL FARHANA BT BAHARUDDIN 05
17
__________________________________________________________________
Jadual 3
Peningkatan Pencapaian Responden Terpilih dalam OTI 2
Tingkatan 5 Bestari
Bil
|
Nama pelajar
|
Ujian Pra
|
Ujian
Post OTI 2
|
1.
AHMAD LUTFI BIN MOHD 02
18 62
2.
AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD 00 04 24
3.
MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN 04
22 74
4.
MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI 08 22
78
5.
MUHAMMAD DANIAL BIN M KHALIL 04 20 66
6.
MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR 05
20 69
7.
MUNIRAH BT ARIFFIN 03 24 65
8.
NABIHAH BT ABDUL AZIZ 09 24 86
9.
NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ 06
21 74
10. NURUL FARHANA BT
BAHARUDDIN 05 17 62
______________________________________________________________________
Hasil daripada dapatan di atas, kemahiran
responden dalam menjawab soalan ”terengkan” telah meningkat. Pengajaran saya
juga menjadi lebih berkesan.
Kekuatan kaedah ini adalah pelajar lebih
mudah memahami cara untuk mengolah jawapan esei secara berkesan. Selain itu,
kaedah ini mampu memberikan markah yang baik bagi soalan berkaitan.
Kelemahannya ialah pelajar tetap perlu
mengingat fakta-fakta dan isi-isi pelajaran sebelum diolah sebagai jawapan.
Bagi pelajar yang mempunyai sifat malas mentelaah dan membuat nota berkesan
maka mereka tetap kurang berjaya dengan pendekatan ini. Ini dapat dilihat pada
pencapaian responden ke 2.
7.0 REFLEKSI KAJIAN
Hasil daripada tindakan yang telah dilaksanakan ternyata menampakkan
perubahan peningkatan pencapaian pelajar khususnya responden yang dipilih.Responden
ternyata lebih mudah untuk menulis jawapan bagi soalan yang mempunyai kata
tugas “terangkan” setelah mempraktikkan kaedah BADAR yang
digabung dengan kaedah mengingat fakta secara akronim yang telah pernah menjadi
hasil kajian tindakan yang berjaya. Ini telah menimbulkan keyakinan dalam
mengolah jawapan esei mereka dan sekali gus telah mengubah persepsi mereka yang
selama ini menganggap sangat sukar bagi mereka untuk menjawab soalan “terangkan”.Setelah memerhati pendekatan ini mampu meningkatkan keyakinan
dan pencapaian responden, saya telah memperkenalkan pendekatan ini kepada
pelajar lain dengan menjadikan responden kajian ini sebagai fasilitator kepada
rakan-rakan yang seterusnya dapat menjayakan program bimbingan rakan sebaya.Ini
telah membawa kepada keseronokan dan tertanam keyakinan yang baik bagi mereka
untuk menghadapi peperiksaan.
Saya juga amat berkeyakinan mereka bukan sahaja mampu lulus tetapi boleh
mendapat markah yang baik serta gred yang baik dalam peperiksaan akan datang.Keyakinan
ini adalah berdasarkan kepada peningkatan markah yang didapati setelah
pendekatan ini dugunakan dalam tempoh 3 bulan.
Walau bagaimanapun
kajian ini sebenarnya hanya terbatas dalam lingkungan SMK Kompleks Seberang Takir , Kuala Terengganu. Tidak dapat dipastikan keberkesanannya di
sekolah-sekolah yang lain.
8.0 CADANGAN / SYOR
Setelah
mengjalankan kajian tindakan bagi mengatasi masalah kesukaran pelajar untuk
menjawab soalan esei sejarah khususnya soalan ”terangkan” saya berhasrat untuk
mencuba pendekatan-pendekatan lain bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul
di kalangan pelajar kerana yakin setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Kaedah
ini akan lebih berkesan jika dapat diaplikasikan secara bersama dengan
kemahiran belajar serta kaedah-kaedah mengingat fakta.Pendekatan pokok, dahan
dan ranting tidak akan berkesan sekiranya tidak diselarikan dengan kemahiran
membuat nota berkesan dan kaedah mengingat seperti akronim dan mnemonic yang
pernah saya lakukan dalam kajian tindakan yang lepas.
Selepas
ini saya berhasrat untuk membuat satu kajian bagaimana mengatasi masalah
kebosanan dalam belajar sejarah.Masalah ini telah saya kenal pasti dan
insyaAllah saya sedang merancang aktiviti pengayaan menggunakan kaedah
permainan.
Saya
juga sanggup berkongsi pengalaman dengan pengkaji-pengkaji lain khususnya di
kalangan guru-guru dalam usaha penambahbaikan proses pengajaran dan
pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan efetif.
RUJUKAN
Ramlah Adam dll, (2003).
Sejarah Tingkatan 5 ( Buku Teks). Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Shuhaimi
Nik Abdul Rahman dll, (2002), Sejarah Tingkatan 4 ( Buku Teks).
Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Manual Kajian
Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Rekod markah ujian
buku Rancangan Mengajar En. Zahari Awang.
Lampiran.
Batang
(Soalan)
|
Ranting
(huraian)
|
Dahan
(Fakta)
|
No comments:
Post a Comment