Wednesday 23 July 2014

Sample jawapan:
Jelaskan ciri-ciri penting  Zaman Gelap di Eropah   [8M]

       Antara ciri penting zaman gelap ialah (Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran). (Tiada
pentadbiran berpusat yang berkesan.)        
      ( Selain itu, muncul golongan tuan tanah/baron). (Petani mendapat perlindungan daripada tuan tanah). (Petani terpaksa memberi perkhidmatan)( dan membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah).
        (Seterusnya, Tuan tanah mendapat perlindungan daripada raja).( Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat)( dan membayar cukai kepada raja.)
        (Ciri aeterusnya ,gereja amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak.)( Gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.)
        ( Kegiatan perdagangan/ekonomi tidak meluas)( kerana diganggu oleh orang Gasar contohnya Viking dan Magyar.)(Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam).( Mereka menumpukan kepada kegiatan pertanian(Perniagaan hasil pertanian secara tukar barang/ sistem barter).

1 comment:

  1. Cikgu zahari..tahniah..blog yang bermanfaat!!

    Semoga cikgu diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete